Lawatan ke Ibu Pejabat Microsoft Malaysia
Kuala Lumpur, 15 Julai – Teknologi analisis data atau Data Analytics merupakan satu keperluan dalam dunia yang berasaskan data dan maklumat sebagai tunjang kehidupan.
bagi mendapatkan solusi terbaik yang bersesuaian dengan persekitaran dan keupayaan semasa universiti, pihak Pusat Pengurusan dan Analitik Data (DMAC) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah telah mengadakan satu sesi bertukar pandangan dan teknologi bersama pihak Microsoft Malaysia.
Sesi ini sangat penting kerana dalam mengurus data yang kompleks dan kritikal, amat perlu untuk melihat dari sudut teknologi yang berbeza dalam melaksanakan sesuatu polisi dan keputusan terhadap data universiti.
Dengan kehadiran teknologi Microsoft Fabric, pihak universiti dapat meneroka peluang-peluang solusi teknologi analisis data yang bersesuaian. Platform Microsoft adalah tidak asing lagi dalam penggunaannya di peringkat universiti awam dan penyelidikan.
Diharapkan ada peluang-peluang kerjasama di antara pihak Pusat Pengurusan dan Analitik Data (DMAC) dan Microsoft Malaysia di masa akan datang dalam kerjasama teknologi analisis data.