Lawatan Rasmi ke Pusat Pengurusan Data & Kecerdasan Buatan (DARTIC), UMS

Lawatan Rasmi ke Pusat Pengurusan Data & Kecerdasan Buatan (DARTIC), UMS

Lawatan Rasmi Pusat Pengurusan & Analitik Data (DMAC), UMPSA ke Pusat Pengurusan Data & Kecerdasan Buatan (DARTIC), UMS 

 

Kota Kinabalu, 13 Ogos 2024 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), melalui Pusat Pengurusan & Analitik Data (DMAC), di bawah Jabatan Pengurusan Pengetahuan dan Teknologi Maklumat (JPPTM), telah mengadakan lawatan rasmi ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan panduan dalam pembangunan dan pengurusan pusat data di UMPSA. 

Lawatan yang dijadualkan pada 13 Ogos 2024 dari 9:30 pagi hingga 1:00 petang ini berlangsung di Pusat Pengurusan Data & Kecerdasan Buatan (Dikenali sebagai Pusat Pengurusan Data & Maklumat Universiti-PPDM), UMS. Menurut kenyataan rasmi, UMS telah lebih awal menubuhkan pusat pengurusan data yang berfungsi dengan baik, dan pengalaman mereka akan menjadi rujukan penting bagi UMPSA. Pihak DARTIC diketuai oleh Dr. Farashazillah Yahya, selaku Pengarah dan beberapa orang staff DARTIC. 

Lawatan ini akan diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Noryanti Muhammad, Pengarah DMAC UMPSA, disertai Timbalan Pengarah DMAC, Dr. Abdullah Fairuzullah Bin Ahmad Tajuddin dan En Mohd Fairuz Ramli, dengan matlamat untuk mempelajari sistem operasi, struktur organisasi, proses pembangunan, serta aspek kewangan yang terlibat dalam pengurusan pusat data. Kerjasama antara kedua-dua universiti ini diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan data di UMPSA. 

Lawatan ini mencerminkan usaha berterusan UMPSA untuk meningkatkan kecekapan pengurusan data serta memanfaatkan teknologi maklumat dalam menyokong kecemerlangan akademik dan operasi universiti. 

 

 

 

 

 

 


Print   Email