Data Dictionary
Penggunaan Kamus Data sebagai Piawaian Rujukan Kod KPT
Kamus Data diperkenalkan sebagai piawaian rujukan kod untuk mempermudah proses pengumpulan dan pengintegrasian data dalam ekosistem Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Inisiatif ini bertujuan untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, khususnya oleh entiti seperti Bahagian, Jabatan, Agensi, Yayasan, dan Institusi Pendidikan Tinggi di bawah KPT.
Pekeliling ini juga menggariskan peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan pengintegrasian data dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan efisien menggunakan rujukan kod yang seragam.