PERBINCANGAN ANTARA DMAC DAN PAKAR ANALITIK
Hits: 16
Pekan, 1 November 2025 - Sesi perbincangan diadakan antara DMAC dan pakar analitik, Dr. Nor Azuana Binti Ramli dari Pusat Sains Matematik (PSM). Perbincangan memberi tumpuan kepada pemantapan struktur data, reka bentuk visual serta pendekatan analitik yang lebih berkesan bagi pembangunan Dashboard Analitik UMPSA.
Sesi hari ini turut memberi peluang kepada pasukan untuk menyelaras keperluan pengguna, menambah baik paparan visual, serta memastikan dashboard yang dibangunkan lebih intuitif dan bernilai untuk pembuatan keputusan.



