Latihan Pembangunan Platform Data Analitik Menggunakan Amazon Web Services (AWS)

Latihan Pembangunan Platform Data Analitik Menggunakan Amazon Web Services (AWS)

Kajang, 23 Oktober 2024 - Latihan bagi pembangunan platform data analitik menggunakan Amazon Web Services (AWS) telah dihadiri oleh Prof. Madya Ts Dr. Noryanti Muhammad, Dr. Abdullah Fairuzullah Ahmad Tajuddin, dari Pusat Pengurusan & Analitik Data (DMAC), UMPSA. Turut serta adalah En Irman Khalil, Pengurus Kanan Teknologi Maklumat, Jabatan Pengurusan Pengetahuan & Teknolohi Maklumat (JPPTM), UMPSA. Latihan ini bertujuan memperkenalkan asas platform data analitik dengan memanfaatkan AWS Free Tier services, bertempat di The Hub, Plaza Indah, Kajang.

Objektif latihan ini adalah untuk membangunkan platform data analitik dengan memperkenalkan peserta kepada perkhidmatan asas AWS seperti Amazon S3 Bucket, AWS Glue, Amazon Athena, Amazon Redshift, dan Amazon QuickSight. Latihan juga merangkumi asas keselamatan AWS termasuk penggunaan Virtual Private Cloud (VPC) dan Amazon Security Group. Selain itu, peserta akan diajar cara menggunakan Anaconda Navigator bagi integrasi data dengan AWS melalui AWS Boto3 dan AWS Configure CLI.

Latihan ini telah berlangsung pada 23 dan 24 Oktober 2024. Diharapkan latihan ini dapat memperkukuhkan keupayaan peserta dalam mengaplikasikan AWS bagi pembangunan analitik data yang komprehensif.

 


Latihan Pembangunan Analitik Data Menggunakan Platfom Amazon Web Service (AWS) oleh En. Halim



 

 Latihan secara hands-on dalam membangunkan platfom analitik data

 

 Semoga pihak UMPSA dapat membangunkan platfom analitik data dengan menggunakan kelebihan teknologi awan (cloud technology)








 

 


Print   Email