Perancangan Dashboard Bersepadu UMPSA: Usaha Kolaboratif Antara CIO, DMAC, DiTec dan Wakil Jabatan Data Strategik UMPSA

Perancangan Dashboard Bersepadu UMPSA: Usaha Kolaboratif Antara CIO, DMAC, DiTec dan Wakil Jabatan Data Strategik UMPSA

Pekan, 13 Mei 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melangkah setapak lagi dalam inisiatif transformasi digitalnya dengan perancangan Dashboard Bersepadu UMPSA, satu platform pintar yang membolehkan pelaporan data dan pemantauan prestasi universiti secara menyeluruh, efisien dan bersepadu.

Projek pembangunan dashboard ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara CIO, Pusat Pengurusan & Analitik Data (DMAC), Pusat Teknologi Digital (DiTec) dan wakil daripada pelbagai jabatan utama universiti seperti Jabatan Akademik, Hal Ehwal Pelajar, Kewangan, Sumber Manusia, dan Penyelidikan & Inovasi.

Dashboard Bersepadu UMPSA dibangunkan bagi menyokong aspirasi universiti ke arah tadbir urus berasaskan data (data-driven governance). Ia membolehkan pihak pengurusan tertinggi membuat keputusan strategik berasaskan analisis data terkini yang dipaparkan secara visual dan interaktif.

Dalam usaha membangunkan dashboard ini, satu siri sesi libat urus telah diadakan melibatkan wakil teknikal ICT bersama wakil jabatan yang bertanggungjawab terhadap data jabatan masing-masing. Pendekatan ini bukan sahaja memastikan ketepatan dan kesahihan data, tetapi juga memberi ruang kepada penyelarasan keperluan pelaporan yang spesifik bagi setiap jabatan. Dihujung bengkel ini, 10 use case yang merentasi data jabatan, telah dipilih sebagai asas dashboard bersepadu ini.

Pengurus Kanan UMPSA, Puan Haryani binti Abdullah, menyatakan bahawa pembangunan dashboard bersepadu (Integrated Dashboard) ini adalah asas kepada pembangunan analitik data yang akan membantu keputusan strategik universiti pada masa akan datang.


Print   Email